5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pemasangan komponen set binaan berdasarkan manual bergambar.
Set binaan dan manual bergambar
Set binaan adalah merupakan alat pembelajaran
Set
binaan terdiri daripada komponen-komponen pelbagai bentuk dan warna.
Biasanya, set binaan dari jenama tertentu menggunaskan kaedah
interlocking tersendiri bagi menggabungkan antara suatu komponen dengan
yang lain. Berdasarkan dapatan pemantauan BPK, set binaaan adalah merupakan alat pembelajaran yang menyeronokkan.
Set binaan boleh dibeli di pasaran
Terdapat pelbagai jenis set binaan di pasaran. Ia boleh dibeli dengan harga yang berbeza bergantung pada jenama, kualiti dan jumlah model yang boleh dibina. Alat pembelajaran ini boleh menghasilkan pelbagai model binaan. Set binaan juga terdiri daripada pelbagai tahap kesukaran. Biasanya set binaan ini dilengkapi dengan manual pemasangan bergambar bagi membantu pembelajaran.
Membina model berpandukan manual bergambar
Sesuatu model binaan dalam sesuatu
set binaan, boleh dibina dengan cara menggabungkan pelbagai komponen dengan berpandukan pada manual yang dibekalkan.
Manual pada set binaan biasanya mengandungi: a. Kandungan komponen b. Contoh model untuk dipasang c. Langkah pemasangan d. Cara penyelenggaraan atau penyimpanan komponen.
没有评论:
发表评论